sambungan 3


Isu / soalan ramalan SPM 2019

Bidang 2 : nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan.
Tradisi – kesan
Isu : kepelbagaian adat resam dan kepercayaan di Malaysia
Jelaskan kesan positif kepada negara apabila rakyat menghormati kepelbagaian adat resam dan kepercayaan orang lain. (3 markah)
i.                     Menjamin keamanan negara
ii.                   Meningkatkan dan memajukan sector pelancongan
iii.                  Imej negara akan meningkat kerana dapat mengekalkan keunikan adat resam


Bidang 6 : nilai mematuhi peraturan dan undang-undang , nilai kebebasan bersuara

Bincangkan langkah  - Isu jenayah siber
Perkembangan teknologi maklumat dan penggunaan telefon pintar semakin pesat. Ada pihak yang menyalahgunakan kemudahan ini untuk menipu pengguna sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. (ramalan 2019)
Berdasarkan satu nilai murni, bincangkan langkah yang patut diambil anda untuk membendung jenayah penipuan siber. (4 markah)

Nilai rasional yang harus saya amalkan. Saya tidak sepatutnya berkongsi maklumat peribadi dalam laman media sosial. Saya juga harus membuat laporan polis jika mempunyai apa-apa maklumat tentang penipuan atau scam dalam talian. Selain itu, saya tidak akan membalas SMS atau menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Bidang perkembangan diri ( amanah) , bidang 4 (cinta akan negara)
Isu rasuah – bagaimanakah cara
Isu : gejala rasuah menjejaskan pembangunan negara
Selain menguatkuasakan undang-undang, bagaimanakah pihak berkuasa boleh membanteras gejala rasuah dinegara kita? (3 markah)
i.                     Menjalankan kempen anti rasuah di media masa
ii.                   Mendidik generasi muda melalui pendidikan disekolah terutama subjek seperti Pend. Moral dan Pend. Islam
iii.                  Menjalankan siasatan terperinci terhadap laporan kesalahan rasuah
iv.                 Merombak undang-undang agar hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap pesalah


Bidang 1 (rasional), bidang 6 (nilai sikap keterbukaan), bidang 7, (hidup bersama secara aman)
PATI
Wajarkah?.. kemukan alasan
Isu : kerajaan menjalankan operasi menahan dan menghantar balik PATI balik ke negara asal meraka. Wajarkah tindakan kerajaan? Hurai jawapan anda berdasarkan 1 nilai murni. (4 markah)
Tindakan tersebuat wajar. Nilai rasional yang kerajaan amalkan. Hal ini kerana, kerajaan memikirkan kesan buruk jika dibiarkan PATI bebas dalam negara kita. Contohnya, akan meningkatkan lagi kadar jenayah dalam negara kita.


Bidang 5 : melindungi hak pekerja
Melindungi hak pekerja – anda tidak bersetuju?... dan berikan alasan
Isu : anda ialah seorang pekerja disebuah kilang. Gaji anda dan pekrja lain telah tertunggak selama 2 bulan. Majikan menyatakan kesulitan membayarkan gaji kerana masalah kegawatan ekonomi. Sekumpulan pekerja bercdang mengadakan mogok untuk menuntut gaji yang tertunggak. Anda tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Berikan alasan ( 3 markah)
i.                     Perkara tersebut sepatutnya dilaporkan kepada kementerian sumber manusia, bukannya adakan mogok
ii.                   Akan menjejaskan imej syarikat
iii.                  Akan menyabbakan hubungan pekerja dan majikan menjadi renggang.

Bidang 5 : Nilai menghormati hak golongan Kurang berpaya
OKU – selain daripada …. Bagaimanakah?
Isu : usaha meningkatkan taraf hidup golongan kurang berupaya di Malaysia
Selain menyediakan kemudahan awam yang mesra OKU, bagaimanakah kerajaan boleh meningkatkan taraf hidup OKU ( 3 markah)
i.                     Menyediakan sistem pendidikan Khas seperti PPKI
ii.                   Mewujudkan tabung Khas OKU bagi yang ingin mula berniaga
iii.                  Melatihkan OKU untuk meningkatkan kemahiran dalam kraftangan / sukan
iv.                 Memberi bantuan elaun bulanan bagi yang tidak mampu

Comments

Popular posts from this blog

sambungan 2