sambungan 2


Contoh Soalan struktur

1.       Mengapakah? - SPM 2018
Keluarga jerry miskin. Jerry ingin berhenti sekolah, tetapi dihalang oleh ibunya. Mengapakah ibunya menghalang hasrat anaknya itu? (3 markah)
i.                     ibunya mementingkan pelajaran anaknya (alasan 1)
ii.                   ibunya memikirkan masa depan anaknya (alasan 2)
iii.                  ibunya mahu Jerry dapat mencapai cita-cita (alasan 3)

2.       Bagaimanakah? - SPM 2018
Keluarga jerry miskin, tiada duit membayar yuran sekolah. Jika anda berada dalam situasi jerry, bagaimanakah anda menyelesaikan masalah tersebut. (3 Markah)
i.                     saya akan belajar sambil bekerja (cara 1)
ii.                   saya akan memohon biasiswa ataupun bantuan daripada pihak kerajaan (cara 2)
iii.                  saya akan memohon pinjaman daripada saudara mara (cara 3)

3.       Anda bersetuju? Beri alasan berdasarkan nilai murni – SPM 2017
Tanggungjawab membebaskan negara daripada penjajahan tidak seharusnya dipikul oleh pemimpin negara sahaja.
Anda bersetuju dengan pernyataan diatas? Beri alasan berdasarkan satu nilai murni. (4 Markah)
Cara menjawab : 1 Nilai + 3 huraian (alasan)
Nilai cinta akan negara yang harus rakyat amalkan. Rakyat harus bersatu padu bersama kerajaan menentang penjajah. Selain itu, rakyat seharusnya bekerjasama dengan pemimpin negara untuk mempertahankan kedaulatan negara. Seterusnya, rakyat tidak seharusnya membocorkan rahsia negara kepada pihak musuh.

4.       Jelaskan tindakan – Spm 2017
Bapa memukul ibu didepan anak ( Albert dan adiknya)
Jika anda ialah jiran Albert, jelaskan tindakan anda. (3 Markah)
Cara menjawab : T + A + C
Saya akan melaporkan kepada pihak polis.  Hal ini supaya ibu Albert dapat bantuan untuk perlindungan. Contohnya, bapa Albert akan ditangkap dan tindakan undang-undang dapat diambil terhadap bapa Albert.


5.       Jelaskan maksud nilai berdasarkan situasi. SPM 2017
Isu : kemiskinan keluarga menyebabkan anak tidak dapat bersekolah.
Situasi diatas berkaitan dengan nilai melindungi hak kanak-kanak. Jelaskan maksud nilai, berdasarkan situasi diatas.
Contoh jawapan : kanak-kanak tersebut perlu diberi peluang untuk bersekolah. Ilmu pengetahuan yang diperoleh dapat menjamin masa depan

6.       Jelakan maksud nilai SPM 2016
Fenome jerebu yang berlaku disekitar lembah klang disebabkan oleh pembakaran terbuka yang dilakukan oleh petani.
Satu nilai berkaitan isu diatas ialah nilai kemapanan alam sekitar. Jelaskan maksud nilai tersebut.
Contoh jawapan : nilai kemapanan alam sekitar bermaksud pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama

7.       Apakah rumusan
Isu : rumah terbuka diadakan oleh penduduk disebuah taman perumahan untuk menyambut hari raya. Apakah rumusan yang boleh diambil berdasarkan maklumat tersebut.
Contoh jawapan : penduduk taman mengutamakan kedamaian demi mewujudkan perpaduan sesama mereka.
Cara jawab : (WaTiK) watak, tindakan, kesan

8.       Kemukan alasan SPM 2018
Isu : keluarga Jerry miskin. Rakan baiknya Tom meminta ayagnya untuk membantu keluarga Jerry. Ayah Tom enggan membantu keluarga Jerry.
Sikap ayah Tom tidak patut dicontohi. Kemukan alasan anda (2 markah)
i.                     Ayah Tom tidak prihatin kesusahan orang lain
ii.                   Ayah Tom bersikap mementingkan diri sendiri

9.       Selain nilai bidang perkembangan diri,..
Isu : pengasingan sisa pepejal diwajibkan untuk semua kawasan perumahan di Kuala Lumpur.
Selain nilai bidang perkembangan diri, huraikan satu  nilai yang anda pelajari. (3 markah)
Contoh jawapan : saya mempelajari nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Hal ini kerana, pengasingan sisa pepejal akan menjimatkan sumber yang digunakan. Contohnya, botol kaca dan tin minuman dapat dikitar semula.

Comments

Popular posts from this blog